Wednesday, 16 April 2008

Apa perkembangan terbaru ?

Salam sejahtera.

Awal bulan April lalu dah ada Pembantu Kesihatan Awam yang baru dilantik melaporkan diri di seluruh negara.Tapi yang tak sedapnya , gred dia orang adalah U 17.Apa dah jadi ni? Bukan ke batch yang baru ni sepatutnya berada pada gred U 19.Dia orang belajar selama 2 tahun dan syarat kelayakan dia orang memasuki kolej kesihatan adalah SPM.Mana silapnya ni? Pihak Kesatuan perlu mencari jawapannya.Inilah yang saya kata jawatan PKA ni diperlekehkan.Sampai bila nih? Saya akan cuba dapatkan komen dari pihak Kesatuan.Nampaknya pihak Kesatuan ni macam tak ada usaha nak beri makluman kepada ahli-ahli akan perkembangan terkini.Ahli yang kena bersusah payah talipon AJK kalau nak tahu apa-apa berita yang terkini tentang perkembangan tuntutan kita.Tentu ada kaedah dalam dunia IT yang serba canggih sekarang untuk kita saling berhubung antara satu sama lain.Nak harapkan Buletin saja mana cukup.Saya harap mana-mana PKA yang baca blog ini , jika mereka mempunyai hubungan yang baik dgn mana-mana AJK Kesatuan , tolonglah sarankan kepada mereka ni supaya berbuat sesuatu tentang perkara nih! Saya kira Kesatuan kita seperti masih di takuk lama.Masa dah berubah dan satu anjakan minda sangatlah diperlukan untuk kita menuju kejayaan di era yang serba mencabar ini.
Saya harap sangat jangan pasal Presiden dan beberapa AJK dah dapat naik ke gred U 22 , maka mereka pun dah selesa.Lagi pun dah nak bersara tak lama lagi.Minta jangan ada yang bersikap macam tu.Saya tak menuduh, tapi sekadar itulah tanggapan saya.Harap saya salah dan mereka-mereka ni ada alasan yang kukuh.
Sampai lain kali.
Wassalam.

8 comments:

halif said...

Nampaknya PKA semua telah dipermainkan oleh pihak atasan KKM. Dulu janji bila kursus dijalankan 2 tahun maka PKA akan dinaikkan ke gred U 19 tapi apa yang berlaku sekarng ialah PKA masih lagi duduk di gred U 17. Apa tindakan kesatuan agaknya ya ? Kalau pihak kesatuan asyik nak mendesak untuk kenaikan gred rasanya agak susah nak dapat tapi mengapa pihak kesatuan tak buat satu kertas kerja untuk menaikkan kelayakkan masuk untuk jawatan PKA dari SRP/PMR ke SPM. Sebab kalau kelayakkan masuk dinaikkan ke SPM secara otomatiknya tangga gaji pun turut berubah mengikut kelayakkan SPM. Kalau pihak kesatuan berusaha bersungguh-sungguh menyediakan kertas kerja untuk menaikkan kelayakkan masuk jawatan PKA ke SPM, rasanya mudah bagi pihak KKM dan juga JPA untuk meluluskannya berbanding kalau pihak kesatuan minta kenaikkan gred. Jadi kita mintalah supaya pihak kesatuan memulakan langkah sekarang.Satu perkara lagi yang nak diketengahkan ialah mengenai gaji maksima gred U 17 yang lebih rendah dari gred U 11 selepas berlaku kenaikkan gaji pada bulan Julai 2007 yang lalu. Dengar khabarnya pihak pihak kesatuan dah pun memaklumkan perkara ini kepada KKM tapi sampai sekarang ni masih tiada jawapannya. Apa sudah jadi dengan PKA ? Gred tinggi tapi gaji maksima lebih rendah dari U 11. Adakah rakan-rakan PKA semua sedar akan perkara ini. Kalau tak percaya cuba lihak tangga gaji maksima U 11 berbanding tangga gaji maksima U 17.Kalau kita sendiri tak membela diri kita tak ada orang lagi yang akan mempedulikan nasib kita. Marilah kita semua PKA yang ada di Malaysia ini bangun untuk sama-sama memperjuangkan nasib kita agar tidak lagi tertindas oleh pihak-pihak yang tertentu.

NN87 said...

saya setuju dengan sebua abang2 PKA. memang betul, belajar nak sama macam PPKP, tapi gred masih U17, 2 tahun tu... lebih baik tak payah guna ambil spm dulu2. bukan tu saja, malah yang ada ijazah pun dapat PKA. kesian dengan diaorang. Semasa saya attechment di PKD, mamang lah nampak sangat jurang PKA dengan PPKP. tak macam kaum jururawat, mereka sentiasa nakkan peningkatan. tapi PKA emmm .... nasib badan. Persatuan pun dah duduk kat atas goyang kaki je.. ma tak nya, mereka tak duduk di U17, majoriti dah sedap dengan kanan. he he he.. bilakah nasib PKA ni nak berubah. dari dulu sampai sekarang pun tetap macam tu.. keje kita yang buat, tapi PPKP yang dapat nama. habis tu bila PKA nak dapat nama. bila wabak, semua gelisah. yang bertukus lumus PKA dan PRA. dah la tu, elaun kritikal pun tak ada. mungkin sekarang baru nak ada kut... padan lah dah berapa ramai yang terkena racun.. bila selesai, PPKP juga dapat nama.

Cadangan saya lah kepada persatuan, apa kata mita 7 bidang tu di pecahkan, mungkin PPKP 4 bahagian dan PKA 3 bahagian. pecahkan bidang kerja. klu tidak selagi itulah tiada peningkatan, macam mana nak ada peningkatan, baru nak mahir dalam unit tu, dah kena tukar kat unit lain lak. jadi kita masuk kursus pun pakai SPM jugalah, tukarkan nama PKA kepada PPKA (Penolong Pegawai Kesihatan Awam). kita jalankan kerja dalam bidang kita ja. kadang2 PKA dan Pra dan jadi satu color dah. itu yang kadang2 ada pra tak kisah dengan PKA. mereka ni bodek yang lagi atas pada kita je... katanya, Mereka pun SRP kita pun SRP.... klu nak ikut banyak dan luahkan. tapi klu berjaya candangan saya. martabat PKA pun naik lah.

saff said...

Ntah la, Kesian kat kami... saya dan kawan² yg lain merupakan kumpulan yang pertama menjalani kursus pembantu kesihatan awam selama 2 tahun dekat terengganu. dh la mula² masuk dulu kami nie bagai tikus makmal.bayangkan time blaja dulu 4 sem... sem yang pertama sahaja dh ada 11 kertas... dh la tue, paper yg diaorg bagi tue bole dikatakn heavy... kalo x, x der la yang kene repeat paper...bole dikatakan separuh kene repeat...ape kes???????
tp bila dh masuk sem kedua dgn ketiga bole dikatakan senang skit sbb dh belajar ttg skop kerja PKA...lecture yang ajar pun kira ok la...

yang saya tak puas hati nye ttg gred kita la sbg PKA... mula² masuk dulu ingatkan gred yang kementerian nk bagi U19. tp U17 je...
dh macam gred pembantu tadbir(PT)... buat ape blaja sampai 2 tahun tapi gred U17. baik minta keje jadi pembantu tadbir je. dah la tue, patutnya dah ada sijil pembantu kesihatan awam nie bagi la gaji yang lebih baik skit, tapi gaji kita cuma lebih RM40 je dr PT. kalo x pun bagi la sekurang²nya basic RM1000. berbaloi jugak dgn pengetahuan yang kita ada.skop keje dah luas, tapi kemajuan still ditakuk yang lama. sampai bila kita nk jadi macam nie. dh la kita sering ditindas oleh PPKP. itu tak masuk lagi dgn PRA. sekarang nie pun PRA dah tak respect dgn kita sbb taraf pendidikan dengan tangga gaji... dah tak da beza kita dengan jawatan pembantu rendah awam.kalau kesatuan tak ambil berat tentang hal nie,sampai bila pun PKA takkan naik... kami sebagai pelapis muda berharap sangat kat kesatuan ambil tindakan yang sewajarnya...takpun, bagi la jawatan dalam kesatuan tue kat kami yang lebih muda nie. biar kami berjuang untuk rakan² yang lain. kesian kat junior² kami. penat belajar 2 tahun tapi still ditakuk yang lama. Jururawat Masyarakat pun tak lama nak naik gred lagi jadi U22. kita bila lagi??? Mana Kesatuan??? Apa peranan Kesatuan??? Kesatuan Tidur ke???

Apa yang saya perkatakan nie bukanlah sebagai paksaan pada kesatuan. anggaplah ini sebagai perasaan marah kami yang selama nie terbuku dalam hati. Apa yang kami harapkan adalah sesuatu yang positif dari kesatuan. Jangan pandai nak kutip duit je dari ahli tapi kerja tak buat. Mesyuarat sana sini tapi habuk pun x da. yang untungnye diaorg sbb bila meeting jer ada makan minum... kami yang bayar duit keahlian nie, buat tak tau je... sia² je duit kami melabur kat dalam kesatuan... perut ahli jawatan kuasa kenyang, yang ikat perut nya kami sebagai ahli... harap², dengan apa yang saya perkatakan nie akan memberikan lembaran baru dalam kesatuan untuk berfikir lebih jauh kepada PKA² yang sediaada dan yang akan mendatang.

redlara said...

saya sokong saudara saff tu, sebab saya satu batch dengan dia. first batch pka 2 tahun dekat terengganu.. memang kami ni sama mcm tikus makmal duk buat itu ini tak sampai sebulan pinda lagi... mula-mula belajar dalam semester pertama dia dah bagi 11 subjek yang killer dalam sem tu.. sampai ada skop subjek tu bila disemak sama dengan skop subjek ppkp... bila kami minta pinda, alasan yang dibagi ' sebab itu kami panggil belajar'. sijil nak disamakan dengan diploma mana boleh jauh bezanya..lagipun yang datang belajar tu bukan semuanya dari background sains waktu sekolah dulu...
wakil JPA datang cakap macam-macam, kata habis belajar nak bagi gred u19 la, tangga gaji naik P1T4 la, lepas tu ubah lagi kata pka dalam skop belajarnya tak ada bahasa inggeris...
sekarang dah dimasukkan pula bahasa inggeris dalam skop dan janji lepas batch bahasa inggeris ni keluar nak naik gred.. tak tau la sama ada itu hanya omongan kosong atau tidak...
macam mana la perkhidmatan awam nak maju kalau pihak atasan asyik nak mempermainkan orang bawahan dia...
dalam bidang kerja pulak, waktu saya praktikal di pkd dulu pka buat kerja lagi teruk dari ppkp... semua kerja nak bagi pada pka yang buat. laporan kepada pihak atasan yang sepatutnya ppkp yang buat pun pka juga yang kena buat.. ppkp asyik minta cuti jer... tapi bila pka minta naik gred dan tangga gaji cakap pka tak ada kerja...
patut ker...
betul cakap kawan saya saff tu, sekarang ni kerja tak ikut pangkat tapi ikut senioriti dan tangga gaji... sampaikan pra dan ppk pun tak hormat kat kita dan jadikan itu isu untuk langgar arahan yang kita bagi...

bila interview dulu bukan main cakap pka ini adalah barisan hadapan dalam KKM, kalau dapat kerja kena kerja bersungguh-sungguh.dalam perang barisan hadapan ni la yang selamatkan org belakang, tapi ingat bila barisan hadapan dah habis kena tembak yang belakang jangan perasan la nak selamat...
pada pihak kesatuan pula Jangan pandai nak kutip duit je dari ahli tapi kerja tak buat. Mesyuarat sana sini tapi habuk pun x da. yang untungnye diaorg sbb bila meeting jer ada makan minum dan perjalanan pun dibayar kalau tak silap... kami yang bayar duit keahlian nie dibiarkan bersendirian sia² je duit kami melabur kat dalam kesatuan... perut ahli jawatan kuasa kenyang, yang ikat perut kami sebagai ahli...
kami yang belajar ni dulu dah cuba banyak untuk tolong adik-adik junior kami dan pka yang lain. tapi pka2 senior dan ajk kesatuan macam tak ambil kisah pun keadaan kami yang baru nak bertapak ni...
tolong la selitkan pka - pka muda yang masih segar dan bertenaga ni dalam kesatuan supaya kami dapat membantu menaikkan semula imej pka dan selamatkan jawatan kita ni daripada ditindas...

osha said...

adakah patut saya pergi interview untuk pembantu kesihatan pelatih,ape yang saya baca dri luahan anda semua mcm ada yang x kena,boleh bagi advise?mmg pada mulanya saya x perasan kelayakannya tapi bila di fikirkan kenapa borang diletak dalam colume untuk mereka yang ada spm,tp dinilai melalui pmr sahaja,sebelum apa2 yang akan berlaku itu terlambat bg sya,perlu saya tahu semuanya,berdasarkan tangga gaji n kursus mmg x patut krana jawatan yang dilantik memerlukan kursus,bukan sesetengah jawatn lain,sudah interview,cukup time trus kerja.... dapat gaji setaraf palk tu,mmg x adil bagi kamu.... saya masih ada maasa untuk menilai kesemuanya... anda semua adalah yang akan membantu saya... n yang lain..sekian salam

Nazri ngantukler said...

Kepada osha yg mengalami kemusyikalan...mcm ni la...bagi aku la bek ko g je interview 2....k jan ko pikir2 sgt tntg msalah nie...
masa aku blaja dlu pun mmg banyak aku dgr tntg masalah ini... k tp percayalah jikalau itu rezeki kite untuk nek U19 ..insyallah...yg penting kite buat kerja mcm biase jan riso k...sebenarnye masalah kite in ade pro n kontra. jan kite cpt give up.kite kena berusaha wlaupun banyak halangan serta rintangan yg kite lalui.
PKA tetap terbaik kerana memberi sumbangan yg tinggi kepada KKM,PBT serta yg paling penting kepada negara. bagi aku jan kite cpt terasa k. cube. k
semoga kite semua dimudahkan untuk dpt U19.

Nazri ngantukler said...

Kepada osha yg mengalami kemusyikalan...mcm ni la...bagi aku la bek ko g je interview 2....k jan ko pikir2 sgt tntg msalah nie...
masa aku blaja dlu pun mmg banyak aku dgr tntg masalah ini... k tp percayalah jikalau itu rezeki kite untuk nek U19 ..insyallah...yg penting kite buat kerja mcm biase jan riso k...sebenarnye masalah kite in ade pro n kontra. jan kite cpt give up.kite kena berusaha wlaupun banyak halangan serta rintangan yg kite lalui.
PKA tetap terbaik kerana memberi sumbangan yg tinggi kepada KKM,PBT serta yg paling penting kepada negara. bagi aku jan kite cpt terasa k. cube. k
semoga kite semua dimudahkan untuk dpt U19.

dickboboy said...

selamat pagi dan salam sejahtera.saya ingin mencadangkan mengenai baju uniform kita sebagai PKA mulai tahun depan.selaras dengan perubahan ng dilaksanakn oleh YAB Perdana Menteri iaitu transformasi ke arah yng lebih advance lagi,saya memohon agar pihak kesatuan membuat satu baju baru untuk Pka kita ini.ini kerana uniform kita seakan2 pemandu teksi dan mengelirukan.saya berharap pihak kesatuan dapat mempertimbangkan pedapat saya ini selaras dengan arus moden pada masa kini..