Saturday, 7 November 2009

Salam sejahtera,

Minta maaf kepada mereka-mereka yang ada mengikuti blog saya ini kerana dah lama juga saya tak update.Bukan apa , hanya saya ingatkan tak ada orang yang nak tinggalkan komen.Tetapi saya salah sangka, kerana terbukti ada pembaca yang berkongsi minda sama dengan saya.Jadi saya akan terus menulis blog ini dan membincangkan topik-topik yang menjadi tajuk perbualan hangat dikalangan kita.

Terbaru, mengikut majalah Kesatuan yang diterima tak lama dulu, tuntutan Kesatuan supaya gred PKA dinaikkan kepada U 19, U 24 dan U 26 tidak dapat dilayan kerana tiada merit.TIADA MERIT????Saya kurang faham dengan pegawai yang memberikan alasan sebegini.Mungkin mereka ini kurang memahami tugas seorang PKA dan menyangka syarat kemasukan untuk ke jawatan PKA kini masih PMR atau yang setaraf dengannya , seperti yang dilaporkan di dalam majalah.Sedih betul kalau dapat pegawai atasan yang tak mengikuti perkembangan terkini. Kalau dulu , semasa jawatan Bidan dan Jururawat Desa di jumudkan dan ditukarkan kepada Jururawat Masyarakat, syarat kemasukkan ialah SPM.Dan apabila JM dinaikkan gred ke U 19, mereka yang ada SPM dan yang dah bertugas lebih sepuluh tahun , layak.Yang tiada tu, kena tunggu service sepuluh tahun baru layak.Tapi bila tiba kat PKA , dia kata tak ada MERIT!!!!!! Aduh!!!!!Apalah nasib kita ni?Dah lah kerja umpama lembu punya susu sapi dapat nama, sekarang ini pulak.Macam mana nak KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONAL kalau ini layanan yang kita dapat.Dahlah tangga gaji tak macam gred 17 yang lain.Itu pun alasan dia , justifikasi jawatan tak sama.Pasal itu PKA punya tangga kurang.Kalau bandingkan dengan kerani, kita perlu lulus sijil PKA baru boleh sandang jawatan ,tapi dia orang lantik terus jadi kerani.Tak ada kena lulu periksa dulu.Kerja duduk kat ofis dan tiada risiko seperti yang dihadapi oleh seorang PKA.Dan pegawai JPA kata tak ada justifikasi.Seperti yang pernah saya beritahu kat seorang PPKP U 36, mungkin mereka beranggapan , jangka hayat seorang PKA pendek berbanding dengan kerani, pasal itu tak perlu bagi kita banyak tangga.

Apa pun , itu akan menjadi topik yang akan terus diperjuangkan.Saya nak cuba beralih padang dengan menawarkan diri bertanding untuk jawatan di dalam Kesatuan.Saya fikir Kesatuan perlu ada pembaharuan dalam perjuangannya dengan kemasukkan tenaga dan minda baru.Bukan dan tidak sekali nak menafikan jasa orang lama, tetapi masa berubah.Cara kita pun perlu berubah.Insya Allah jika diizinkan Tuhan saya berjaya, saya akan berusaha untuk bersama-sama mencari jalan terbaik untuk memperjuangkan nasib PKA supaya lebih terbela.

Jumpa di Kuala Terengganu.

8 comments:

NAZROL HAKIMI said...

Assalamualaikum, saya merupakan seorang penuntut dimkolej kesihatan Awam Batu Rakit sebagai pelaith PKA. Sebenarnya saya bersependapat dengan encik bahawa nasib PKA perlu dibela kerana PKA yang ada pada hari ini bukan lagi lulusan PMR semata - mata malah rakan saya merupakan lulusan poiteknik di dalam jurusan kejuruteraan. Saya berpendapat bahawa PKA layak untuk memohon Gred U19, U22 dan U26 selain daripada tangga gaji dilanjutkan daripada 15 tahun ke 22 tahun sekurang-kurangnya setaraf dengan kerani dan PKA juga layak untuk menyambung pelajaran ke PPKP hanya perlu mengambil masa 1 @ 2 tahun sahaja bukannya 3 tahun. Apa - apa pun saya rase perjuangan ini patut diteruskan sehingga SPA memberikan kenaikan yang setimpal dengan tugas seorang PKA. Sekian wassalamualiakum. Sebarang maklumbalas boleh dihantar ke Nazrol.Wealthseed@yahoo.com

mohd firdaus said...

assalamualaikum,,saya Mohd Firdaus mendoakan kesejahteraan hidup kepada semua warga PKA sekalian terutama kepada tuan punya blog,,mudahan kita semua dimurahkan rezeki dan jasa kita akan dapat dilihat oleh mereka yg mungkin tak nampak atau buat2 tak nmpak pada masa ini,,insyaallah,,
assalamualikum!

butebesi said...

salam,
salam 1 malaysia..
saya adalah antara PKA yang baru mula bertugas.. pada 3.8.2009..
saya juga setuju dan sedikit terkilan dengan apa yang terjadi pada jawatan PKA... kita seperti atau sememangnya tidak di beri ruang atau perhatian... adakah mungkin sikap pentadbir dalam kesatuan kita kurang mendesak pihak atasan agar kita di beri ruang dan perhatain...
ayuh andai itu kekurangannya kita perlu bangkit dengan tenaga dan pemikiran baru....

saff said...

saya amat amat amat bersetuju kalo MINDA PEMBANTU KESIHATAN AWAM menawarkan diri untuk bertanding sebagai pengerusi kesatuan yang baru....
bukan ape, kalo x silap saya, pengerusi yang ada sekarang memegang jawatan sebagai PKA Kanan. Mungkin dia sudah selesa dengan gred yang dia pegang sekarang nie. tapi pernahkah dia melihat nasib anak² buah nya yang bergred U17 nie...
apa lah nasib PKA nie, blaja 2 tahun tapi bila bab gaji... paham² je la...
saya pun dh masuk 2 tahun keje...
dh la keje kat Unit FOOD, macam kuli batak dibuatnya...
mmg betoi² penat badan. agaknya kalo PKA x der, alamatnya tunggang-langgang PPKP kat pejabat saya nie (sbb x tau nk prepare brg dgn borang)...
anyway kpd PKA² Junior, pertahankan maruah kita sbg PKA n we must fight for our UNION...
sekian, terima kasih...
PKA 4 EVER.....

noradzhar said...

pendapat saya je lah, jawatan pengerusi mestilah dikalangan PKA yang bergred u17, baru lah mempunyai semangat yang tinggi untuk fight u19. kalau xdpt fight u19 pon bia mintak bila posting gaji P1T9. wat mcm staff yang masuk kerja guna sijil politeknik. nampak la sket sijil tu beharga. ni dah la masuk PKA guna kata PMR mcm yang 2 tahun kat kolej tu ganti ngan form 4 n form 5. aduhhhhhhh PKA2 dah la nk sambung PPKP kena undur balik 3 tahun... apa semua ni??? apa kurang nye ngan sijil yang kita ada sebelum ni?? xda nilai ke?

shah said...

assalamualaikum..saya adalah seorang pelatih Pembantu Kesihatan Awam..baru-baru ini saya ada terdengar bahawa satu mesyurat bagi membincangkan untuk kenaikan pangkat PKA dari u17 u22 u24 ke u19 u26 u27 akan diadakan di Terengganu.saya berharap akan membuahkan hasil yang dapat mengembirakan untuk warga PKA diseluruh Malaysia,selain itu saya juga ada melawati laman web www.spa.gov.my bahawa pelatih PKA telah dinaikkan elaun dari RM517.17 ke RM621.12 selain itu saya juga ada melihat bahawa tempoh pengajian bagi pelatih PKA dari 2 tahun naik ke 2 tahun setengah...diharapkan terhapuslah dari belanggu kemarau yang melanda PKA selama ini dgn kenaikkan ke u19...sekian terima kasih

qazrull82 said...

qsalam ... saya Adam bin Alli dan merupakan PKA ambilan pertama pada tahun 2006 (Kolej Kesihatan Awam Kuching) dan batch pertama yang guna gred U17. Saya juga sangat2 bersetuju dengan apa yang dicoretkan oleh kalian di sini ... kita sebagai PKA umpama HAMBA ... kita yang berada dilapangan ... berhujan dan berpanas, tapi gaji lebih kurang cam kerani ... tahun 2006, pengajian PKA adalah 2 tahun but sekarang ni dah jadi 2 tahun 1/2. namun masih lagi gred U17. Pe kes????? kalo begini, lebih baik jawatan PKA x payah masuk kolej ... buang masa jer ... at last setaraf ngan kerani yang x masuk mana2 kolej untuk training pun. Lebih baik mansuhkan jer kolej2 kesihatan untuk PKA ... lepas ni lebih baik PKA x yah masuk kolej2 kesihatan ... buang masa jer 2 tahun 1/2 tu untuk dapatkan gred yang sama ngan kerani ... mana perginya profesionalisme kalo begini? cakap x serupa bikin. kerja teruk2 kita ... yang dapat nama, siapa????? tapi imbalan x sepertimana yang sepatutnya ... nampaknya skop tugasan kerani n PKA ni sama ek!!! wahai pihak2 yang bertanggungjawab .... x kan la nak biarkan nasib PKA2 kita terus begini ... ditindas sampai bila???? macam saya dah jadi ahli kesatuan, mana tindakan dari pihak atasan kesatuan berkenaan ngan benda ni? lebih baik PKA buat kerja2 kerani n kerani jangan biar duduk jer kat ofis ... kasi mereka ke lapangan gak ... gaji n gred sama kan .... so????

qazrull82 said...

Saya bersetuju gak kalo minda pembantu kesihatan awam nak masuk bertanding ... at least kesatuan kita berubah, insyaAllah ... kita ketandusan insan2 yang benar2 ingin memperjuangkan nasib PKA ... minda PKA juga harus bertukar ... demi kesejahteraan PKA2 jugak ... andaikata minda pembantu kesihatan awam menang, harap sangat2 kotakan apa yang dikata ... kami nak pemimpin kesatuan ni lebih tegas n agresif dalam menuntut hak kita ... berani kerana benar ... dalam pada tu gak, ahli2 kesatuan harus berpadu tenaga, bersatu hati untuk tujuan ini ....