Saturday, 7 November 2009

Salam sejahtera,

Minta maaf kepada mereka-mereka yang ada mengikuti blog saya ini kerana dah lama juga saya tak update.Bukan apa , hanya saya ingatkan tak ada orang yang nak tinggalkan komen.Tetapi saya salah sangka, kerana terbukti ada pembaca yang berkongsi minda sama dengan saya.Jadi saya akan terus menulis blog ini dan membincangkan topik-topik yang menjadi tajuk perbualan hangat dikalangan kita.

Terbaru, mengikut majalah Kesatuan yang diterima tak lama dulu, tuntutan Kesatuan supaya gred PKA dinaikkan kepada U 19, U 24 dan U 26 tidak dapat dilayan kerana tiada merit.TIADA MERIT????Saya kurang faham dengan pegawai yang memberikan alasan sebegini.Mungkin mereka ini kurang memahami tugas seorang PKA dan menyangka syarat kemasukan untuk ke jawatan PKA kini masih PMR atau yang setaraf dengannya , seperti yang dilaporkan di dalam majalah.Sedih betul kalau dapat pegawai atasan yang tak mengikuti perkembangan terkini. Kalau dulu , semasa jawatan Bidan dan Jururawat Desa di jumudkan dan ditukarkan kepada Jururawat Masyarakat, syarat kemasukkan ialah SPM.Dan apabila JM dinaikkan gred ke U 19, mereka yang ada SPM dan yang dah bertugas lebih sepuluh tahun , layak.Yang tiada tu, kena tunggu service sepuluh tahun baru layak.Tapi bila tiba kat PKA , dia kata tak ada MERIT!!!!!! Aduh!!!!!Apalah nasib kita ni?Dah lah kerja umpama lembu punya susu sapi dapat nama, sekarang ini pulak.Macam mana nak KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONAL kalau ini layanan yang kita dapat.Dahlah tangga gaji tak macam gred 17 yang lain.Itu pun alasan dia , justifikasi jawatan tak sama.Pasal itu PKA punya tangga kurang.Kalau bandingkan dengan kerani, kita perlu lulus sijil PKA baru boleh sandang jawatan ,tapi dia orang lantik terus jadi kerani.Tak ada kena lulu periksa dulu.Kerja duduk kat ofis dan tiada risiko seperti yang dihadapi oleh seorang PKA.Dan pegawai JPA kata tak ada justifikasi.Seperti yang pernah saya beritahu kat seorang PPKP U 36, mungkin mereka beranggapan , jangka hayat seorang PKA pendek berbanding dengan kerani, pasal itu tak perlu bagi kita banyak tangga.

Apa pun , itu akan menjadi topik yang akan terus diperjuangkan.Saya nak cuba beralih padang dengan menawarkan diri bertanding untuk jawatan di dalam Kesatuan.Saya fikir Kesatuan perlu ada pembaharuan dalam perjuangannya dengan kemasukkan tenaga dan minda baru.Bukan dan tidak sekali nak menafikan jasa orang lama, tetapi masa berubah.Cara kita pun perlu berubah.Insya Allah jika diizinkan Tuhan saya berjaya, saya akan berusaha untuk bersama-sama mencari jalan terbaik untuk memperjuangkan nasib PKA supaya lebih terbela.

Jumpa di Kuala Terengganu.