Saturday, 22 May 2010

Penambahbaikan Skim PKA.

Assalamualaikum,
Salam sejahtera kpd semua rakan-rakan PKA yg mengikuti blog ini.Lama juga saya tak update entry ke blog ini.Bukan apa, saja tak nak mengulangi cerita lama tu.
Kali ni ada sikit komen yg nak dikongsikan bersama rakan PKA semua.Pertama sekali sedikit komen saya tentang mesyuarat kesatuan yg berlangsung di Kuala Terengganu tahun lalu.Saya ada menawarkan diri untuk jawatan Pen.S/U dan saya kalah dlm pemilihan itu.Bukan nak merungut pasal tewas sebab saya boleh terima kekalahan itu dgn hati yg terbuka.Dah adat bertanding tentu ada yg menang dan ada yg kalah.Yang menjadi isu dgn saya ialah pada majlis makan malam tu adalah sesi memperkenalkan calon-calon.MC pada malam tu langsung tak tanya apa-apa yg relevan kpd calon-calon yg boleh memperkenalkan mereka kpd ahli-ahli yg hadhir, spt. misi dan visi setiap calon.Calon-calon hanya dikenali diperingkat negeri masing-masing.Ahli dari negeri lain tak kenal mereka.Jadi MC nampak macam tak ikhlas memperkenalkan semua calon.Nak kempen tak boleh.Penyandang jawatan mempunyai kelebihan kerana dah lama pegang jawatan dan dikenali oleh kebanyakan ahli.Pada saya, pertandingan itu dah jadi berat sebelah.Dahlah gitu, YDP kesatuan dalam ucapannya ada sentuh tentang barisan AJKnya dah lama bekerja dgn dia dan dah serasi.Saya rasa macam nak teriak " Ini tidak adil " macam dlm cerita 3 Abdul tu.Macam kempen untuk member bunyinya.Tak gentleman lah YDP buat lagu tu.Tapi tak apa.Benda dah berlaku.Saya harap kpd ahli-ahli yg ada hadhir malam tu dan perasan perkara ni berlaku, sila berikan komen yg ikhlas.Mungkin pada pemilihan yg akan datang , pihak kesatuan boleh lakukan yg lebih baik lagi.YDP dan beberapa orang AJK akan bersara.Saya mungkin akan menawarkan diri lagi.Terpulang kpd rakan-rakan yg mengenali saya.Jika ada pencalonan saya akan pertimbangkan.Tapi untuk jawatan apa, saya serahkan kpd rakan-rakan.
Perkara yg kedua saya nak tulis ialah tentang tajuk blog saya kali ni.Saya dah baca memorandum yg dihantar oleh pihak kesatuan kpd pihak yg berkenaan.20 helai mukasurat tidak termasuk lampiran-lampiran.Saya juga dah baca salinan surat yg dihantar pihak kesatuan pkd pihak yg berkenaan tentang perbezaan tangga gaji U17 yg diterima PKA dgn lain-lain jawatan pada gred yg sama.Jawapan kpd perkara tersebut, kita semua dah dimaklumkan dlm majallah kesatuan yg lepas.Tiada merit!!!!!Aduh....Itu pasal perbezaan gaji.Berkenaan kenaikan gred dari U 17,22 dan 24 ke U 19 , 24 dan 26 , saya difahamkan memorandum tersebut telah diserahkan kepada Timb.Ketua Pengarah Kesihatan i.e Datuk Dr.Hassan untuk sokongan beliau dan diberitakan mendapat komen yg positif.So...kita tunggulah kalau-kalau ada berita yg baik menjelang hujung tahun ni atau awal tahun depan.Insya Allah.Yang tak sedap saya dengar ialah selama ni memo yg dihantar oleh pihak kesatuan kepada Kementerian untuk sokongan melalui Bahagian Inspektorate diKKM , dokumen yg asalnya tebal bila keluar dah jadi nipis.Yang terkandung dlm memo tersebut ialah senarai tugas yg kini dijalankan oleh PKA dan rasional kenaikan gred ke yg lebih tinggi.Jadi bila dokumen yg tebal dah jadi nipis, bolehlah diandaikan macam ada sabotage oleh pihak yg tak dinyatakan disini.Patutlah ramai dikalangan pegawai atasan KKM mahu pun JPA tidak tahu tugasan sebenar yg dilakukan oleh PKA.Apa pun, kita harap dgn sokongan Datuk Dr. Hassan yg tahu tugas-tugas PKA kerana pernah jadi Pengarah Kesihatan Neg.Pahang dulu, permohonan kita kali ni akan mendapat perhatian yg sewajarnya.
Komen saya tentang perkara ni, kalau di imbau balik apa yg pihak kesatuan dah buat, saya rasa tak ada apa-apa yg baru.Maksud saya , buat memo dan kemudian jumpa orang ni dan orang tu buat rayuan.Pusing - pusing kat situ gak.Seingat saya, dah beberapa kali dalam mesyuarat kesatuan , ahli-ahli mencadangkan supaya dilakukan sesuatu untuk menaikkan nama PKA.Namun sampai hari ini belum dengar lagi sebarang aktiviti yang menjurus kpd itu.Ada juga cadangan supaya di tubuhkan koperasi PKA.Macam tu jagalah.Berkubur bersama waktu yg berlalu.Kalau tiada sesiapa didlm AJK sekarang yg mampu mengerakkan dua cadangan dari ahli-ahli ni, saya rasa eloklah fikir-fikirkan sesuatu.Kini ramai kalangan ahli yg berkelulusan tinggi.Patutlah diberikan mereka ni peluang untuk menyumbang buah fikiran dan tenaga.AJK yg dah lama pegang jawatan tu nak tunggu apa lagi?So.....pembaca-pembaca blog ni silalah berikan komen anda yg ikhlas dan membina demi untuk kebaikan PKA semua.Wassalam.

18 comments:

TRG05 said...

Salam pada semua PKA,,,heheheh
Saya ni dah 6 tahun bertugas sebagai PKA ni,,,Pada masa m/syarat tahun lepas,saya ada bersama,,,,
Apa yg saya tengok,,,Ada yg tak kena pada Kesatuan PKA kita ni,,,
Pada m/yuarat tu,,Kita punye akuan kesatuan salah,,apa dah jadi ni,,,
Dengan selamba je Bendahari cakap,,
apa ni,,,Kita bayar apa!!!mana boleh salah,,,dan semua ajk tertinggi menang tanpa bertandiang,,,apa ni !!!
hanya ajk biasa je bertanding,,apa dah jadi ni,,,
Bagi pandangan saya,,,yang lama perlu diganti baru,,Kalo dah semua yg duk kat atas tu injeng disel,,maka slow lah perjalanan nyer,,,kerata lama boh,,,perlu tukar baru,,,,baru lah laju,,,
harab semua rakan faham ye,,,
Lagi satu,,lepas m/syarat tu saya ada jupa SU Kesatuan nak tanye kan ada tak Kesatuan kita ni alamat
email,,dgn selambe SU jawab tak ada,,tak perlu kata nyer,,,apa ni,,sedangkan kita induvidu pun ada alamat email,,saya tanye lagi,,camner kalo kita nak ngadu kalo tak ada email,,SU jawab ,,surat la,,,disitu saya nampak,,kita dah duk kebelakang,,sebab nye Kesatuan kita ni dah tak ikut perkembangan teknologi sekarang,,,
Bagi saya Kesatua kita dah sampai masa nye berwajah baru,,jadi mari lah kita semua ni tukar kan nya,

Semua isu yg diutara kan oleh Pengerusi hari tu,,seme dah lapuk bg saya,,,apa yg di utarakan hari tu,,seme nya kepentingan Ahli tertinggi,,,
Kenapa kesatuan kita ni duk perjuangkan Gred,,sepatutnye bg saya isu kelayakkan kemasukan tu lebih penting,memandangkan kursus PKA skrng ni 2 thn,,Patut nye SPR/PMR kepada SPM,,,
Macam mana nak naik gaji,,kalo kita masih d kelayakkan SRP/PMR lagi,,

Kalo semua ada perasan,,dalam skop kerja baru,,,
Kebanyakkan kita ni banyak buat kerja PPKP la brooo,,,
Ada ke patut Pengerusi kita nak buat Skop kerja tu pergi bincang nge Kesatuan PPKP,,,benggon kata org TRG,,,Bab tu lah kita sentiasa di tindas,,
harab harab Kesatuan kita lepas ni berwajah baru ,,,buang je Barang lama tu,,tukar baru,,,
Barang antik ni beharga bila dah tak dipakai dan disimpan je,,
Saya amat kecewa Ajk Tertinggi yg ada d Kesatuan PKA skrng,,,
Saya harab bg lah peluang pada yg
baru,,,,

saff said...

Daripada ape yang TRG05 perkatakan...saya pun nk komen ckit la.
drp ape yg dceritakan ttg mesyuarat kesatuan, nmpk sangat yg ahli² kesatuan yang ader sekarang nie gila kuasa sbb tak nak lepaskn jawatan masing². mngkin yg myokong diaorg pun tua² belaka yg mana gred diaorg mgkin U22 atau U24. macam la tak der sape² dkalangn ahli kita yg layak pegang jawatan Pengerusi... mngkin dh sebab sedap makan ELAUN, jadi diaorg pun agak susah nk lepaskn jawatan.
Ini bukan memajukan lagi Jawatan kita malah rasenya akan menjatuhkan lagi Jawatan PKA.
Yang saya peliknye, kenapa kita perlu bekerjasama dengan Kesatuan IK padahal diaorg mmg tak nak bagi kita naik Gred ke U19 sejak dari dulu lagi. Alasannya takut PKA lagi advanced dari diaorg. Kalo ikutkan, sekarang nie pun PKA dah byk buat keje IK...
mentang² la kita nie Pembantu je, senang² arah buat keje tue, buat keje nie... Nampak sangat yg diaorg nie tak PROFESIONAL...
tp aper yang penting, saya nak sangat² Kesatuan PKA kite kuat. orang² lama yang dah lama pegang jawatan tue, tolong la berundur bagi kepada muka² baru... kita inginkan PERUBAHAN. sampai bila kita akan ditindas oleh IK...
fikir² kan lah...

p/s : dah malas nak pikir ape la kesudahan jawatan PKA nie~~

M.Nas said...

betul apa yg awok-awok pka kabo tu..semua komem tu ada baiknya..hidup pka

bincangfx said...

Maklum Balas: “Gaji Mati Gred U17 Pembantu Kesihatan Awam Rendah Berbanding Dengan Skim Sokongan Yang Lain”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada SMS UDA77:BHA3014 Dalam Akhbar Berita Harian Bertarikh 17 November 2009 Bertajuk “Gaji Mati Gred U17 Pembantu Kesihatan Awam Rendah Berbanding Dengan Skim Sokongan Yang Lain”.
Jadual Gaji Matriks (JGM) bagi Gred U17 adalah tidak sama dengan Gred 17 di bawah klasifikasi-klasifikasi lain seperti Gred N17, S17 atau W17. Gred U17 adalah lebih rendah berbanding Gred 17 yang lain kerana kelayakan yang ditetapkan bagi lantikan ke skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 adalah Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) berserta Sijil Kemahiran. Manakala JGM bagi Gred 17 yang lain adalah bagi lantikan ke skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan asas di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sehubungan itu, perbandingan Gred U17 Pembantu Kesihatan Awam dengan Gred 17 skim-skim perkhidmatan lain yang mempunyai kelayakan masuk akademik yang berbeza adalah tidak tepat.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
7 Disember 2009

ini satu lagi yang aku jumpa dalam laman web jpa http://www.jpa.gov.my/v3/2009/12/1366/ . sakit hati aku baca... habis tu yang ik masuk guna SPM kenapa dapat gaji Diploma???? hai.. tak de sapa ke yang nak tegakkan hal ni... aduh... sakit hatinya...

qazrull82 said...

hm .... entah la ... apa la nasib kita ni sebagai PKA. adakah jawatan PKA ni x diiktiraf dalam KKM, bab tu la diaorang wat camni kat kita. keje setengah mati, tapi tangga gaji rendah daripada gred 17 yang lain. apa kes???? yang hebat konon2 la dalam kesatuan mana peginya janji2mu ... x kan macam lagu aishah kot, janji manismu ... dulu masa mesyuarat agung ke-3 kat kuching, bukan main lagi YDP nak tegakkn n perjuangkan hak n maruah PKA2 kita ... mana dia? dah selesa dengan kedudukannya sekarang ker? come on la ... x kan la berdiam diri jer kot .... lagi 1, bagi pihak2 yang berwajib, mana dia perikemanusiaanmu? adakah dirimu lahir untuk sabotaj n menegakkan kepalsuan? sekarang ni mana de lagi kelayakan PMR ... yang lain2 jawatan dah bertukar pun gred ... x kan kami ni pun masih guna PMR sedangkan ramai di antara PKA2 yang sekarang ni kelulusannya SPM wei ... bukan setakat tu jer ... yang diploma ... lepasan ting. 6 pun ada ... x kan la nak makan rezeki haram kot dengan membutakan mata begitu jer ... ingat, rezeki tu dari Allah, kalo pihak2 yang berwajib ni rasa selesa sangat, tengok la nanti ... ha, kasi anak bini makan pendapatan haram a ... sampai bila2 pun orang yang perangainya begini, rezekinya x kan pernah cukup kerana Allah telah memendekkan rezekinya coz asyik nak sabotaj n x laksanakan keadilan mengikut apa yang sepatutnya. guna otak la bro, jangan guna kepala lutut ... zaman ni dah maju, belia dah mampu berfikir ke depan ... bukan zaman batu ... x main la sabotaj2 ni ... rezeki x berkat wie!!!!

qazrull82 said...

manusia2 yang masih duduk kat jawatan sekarang ni bukannya x nak tinggalkan jawatan tu begitu jer ... tu la namanya GILA NAMA ... gila ni kan ada banyak jenis ... lagi 1, bukan main lagi dengan cakap itu n ini untuk meyakinkan para PKA tentang perjuangan, tapi ... hampeh ... ni ke yang dinamakan kesatuan? kalo begini, bukan kesatuan namanya tapi ... kebatuan! rugi jer yuran yang dikutip RM5 setiap tahun ... sekadar hantar buletin PKA watpe? berita apa yang nak disiarkan kat situ? berita kita2 ni ditindas???? camtu ek? bazir kertas jer yeop ... pasni, malas la nak join apa2 aktiviti mahupun mesyuarat kesatuan. semuanya omong kosong ... sama cam tin kosong ... xde maknanya!!!!

M.Nas said...

drpd apa yg tuan2 skelian perkatakan memang nyata sekali pka telah dianiaya dan ditindas 0leh mana2 pihak yg tidak suka menaik taraf perjawatan pka...pka banyak menjalankan kerja2 ppkp,kononnya mengikut arahan tp sebalik nya kita telah dipergunakn dengan senangnya oleh mereka2 yg berkenaan...kadang2 tu benggang juga w/pun kerja tu terlaksana dengan baik...rasenyer jawatan pka ni kena tukor nama sebagai PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN AWAM...haha..senanaglah sikit JPA nak fikir gred baru kot...PRA pun dah tukor nama..bagaimana dgn pka..wajar ke tukor nama baru dan gred baru..rasenyer persatuan kena fikir ni...sori kalu idea ni salah dgn perjawatan pka..

Anonymous said...

Slm.Sjhtra pd sma warga PKA,smg sht dn sjhtra hndaknya.sy mmg amat berstuju dgn kmn bloger dan kmn rkn2 yg lain.Tntang cara dan taktik utk pemilihan dan utk mmprthnkan keddkn msg2 dlm pmilihan kesatuan, sy dh tk sgguplh nk kmn lg.Biasalh kalau ada yg trsirat dan trsurat demi kpntingankan.Kalau demi kepentingan PKA kt tolak ketepilah pasal tu ok.Disini sy nk cerita kpd wrga PKA mahupn yg baru apatah lg yg sudah lama brkhdmat org veteranlh katakan...YDP pernah mlwt kita org di PKB utk mmberi tklimat mngenai prkmbngan proses Kesatuan mngemukakan kenaikan taraf kita drpd bawah hggalah ke prgkat atasan tetapi trsekat dek kecemburuan atau dek ketidaktelusan phk Inspetorat KM.Sapa lg kalau bukan yg brjawatan PPKP.Tk kiralh dia gred U berapa pun di kementerian sana.Sabaotajlh itulh dan sbgnya yg tlh YDP bgtau kt org.Yang sy hairan bukan duit mak bapak diaorg yg nk pakai bayar.Sedarlh sikit PPKP Ooi(KKM sana)kta ni satu line-up yg prlu ada kesinambungan jgn pikir psal sndiri aje.Yg diorg present masa meeting dan utk laporan dan sbgnya, kan ada yg dijnkan dan dilaksanakan oleh kaum PKA bkn 100% dia org buat.Itu kn krjasama namaya..apasalahnya korang ikhlas dlm kerja.Tp tkpe.. kalo PKA tk dpt jgk kenaikan yg dicdgkn tu..besok2 mnkin ada anak2 PPKP yg jd PKA yg tk naik2 ke jwtan PPKP.Jd kalo dia merasa pengalaman sprti yg PKA rasai,mgkin dia sndiri yg akan mencerca,menyampah mnkin pula menyumpah bapa dia sendiri mana tahu suatu hari nanti Tuhan punya kuasa.Kalo org munafiq pandai merancang dia(Allah SWT.)lg maha perancang.Sy sbnrnya dh tk mngharap lg utk kenaikan dan sbgainya dh trlalu kecewa katakan dgn plbgai rintgn dan pngalaman selama brkhidmat.Dh 35 thn lmnya.Disini saya nk bg tau sama PPKP di KM.Mahupun jwtan lain yg bersekongkol..! Sy ni prnah tlg kaum korang mncapai kejayaan sehinggakan mereka dpt nama,kenaikan dan kedudukan.so sy lgsung tk malu dgn korang bkan krna sya cemburu atau dengki tp sy menyesal dgn sikap korang yg tk tahu erti pengorbanan dan mmbalas budi.So tk payah korang nk bg apa2 lg pd PKA.Biar kami brjuang dgn cara kami.Pda warga PKA ingat! sy brpesan disini mereka ini ibarat org Yahudi yg tk jujur dan ikhlas pd semua manusia lain dimuka bumi ini.Sekian saje sampai disini.

Anonymous said...

YDP pernah mlwt kita org di PKB utk mmberi tklimat mngenai prkmbngan proses Kesatuan mngemukakan kenaikan taraf kita drpd bawah hggalah ke prgkat atasan tetapi trsekat dek kecemburuan atau dek ketidaktelusan phk Inspetorat KM.Sapa lg kalau bukan yg brjawatan PPKP.Tk kiralh dia gred U berapa pun di kementerian sana.Sabaotajlh itulh dan sbgnya yg tlh YDP bgtau kt org.Yang sy hairan bukan duit mak bapak diaorg yg nk pakai bayar.Sedarlh sikit PPKP Ooi(KKM sana)kta ni satu line-up yg prlu ada kesinambungan jgn pikir psal sndiri aje.Yg diorg present masa meeting dan utk laporan dan sbgnya, kan ada yg dijnkan dan dilaksanakan oleh kaum PKA bkn 100% dia org buat.Itu kn krjasama namaya..apasalahnya korang ikhlas dlm kerja.Tp tkpe.. kalo PKA tk dpt jgk kenaikan yg dicdgkn tu..besok2 mnkin ada anak2 PPKP yg jd PKA yg tk naik2 ke jwtan PPKP.Jd kalo dia merasa pengalaman sprti yg PKA rasai,mgkin dia sndiri yg akan mencerca,menyampah mnkin pula menyumpah bapa dia sendiri mana tahu suatu hari nanti Tuhan punya kuasa.Kalo org munafiq pandai merancang dia(Allah SWT.)lg maha perancang.Sy sbnrnya dh tk mngharap lg utk kenaikan dan sbgainya dh trlalu kecewa katakan dgn plbgai rintgn dan pngalaman selama brkhidmat.Dh 35 thn lmnya.Disini saya nk bg tau sama PPKP di KM.Mahupun jwtan lain yg bersekongkol..! Sy ni prnah tlg kaum korang mncapai kejayaan sehinggakan mereka dpt nama,kenaikan dan kedudukan.so sy lgsung tk malu dgn korang bkan krna sya cemburu atau dengki tp sy menyesal dgn sikap korang yg tk tahu erti pengorbanan dan mmbalas budi.So tk payah korang nk bg apa2 lg pd PKA.Biar kami brjuang dgn cara kami.Pda warga PKA ingat! sy brpesan disini mereka ini ibarat org Yahudi yg tk jujur dan ikhlas pd semua manusia lain dimuka bumi ini.Sekian saje sampai disini.

saff said...

Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yg dahulunya dikenali sebagai Atenden Kesihatan pun dh nak naik Gred dari U3 ke U17...
weiii... PPK yg takder basic ttg kesihatan pun dh naik gred. pkai PMR jgk...
kite yg PKA nie kene blaja amik sijil utk 2 thn br dpt U17...
alahai la PKA... ape la nasib kite nie....

TRG74 said...

Salam pada semua,,
Aku baru dengar cerita ni,,betul ke tidak,,????????
Ada pelatih PKA kat aku ni duk cerita,,
Ada satu talimat dari SU Kesatuan hari tu,,,SU kita ada cakap mungkin greed kita akn naik ke 19,,hehhee
tapi yang buruk tu,,,kata dia,,Unit KMAM akn di ambil alih oleh PKA sepenuh nye oleh PKA,,,

Apa dah jadi ni,,,,bg aku ,,tak setuju dgn pengambil aleh unit tu,,,
Apa pandangan kekawan yg lain,,,,

Adam Malaysian Idol 2 said...

Tu la kan .... nape kebanyakan jawatan lain ada plak kredit utk dinaikkan gerd sedangkan PKA .... aduyai ... tukang masak pun nak naik gi gred 17 ... sekarang ni PKA kebanyakkan qualification paling kurang pun SPM. Mana ada guna PMR lagi ... kenapa PKA diperlakukan begini? Jawatan kita ni cam x diiktiraf dalam kementerian ... kalo x diiktiraf, napa ada jawatan ni?????????????

zainal said...

askum rakan2 pka
saya zainalabidin bin ali AJK Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam mewakili Negeri Pahang..utk makluman tuan2 segala keluhan tuan2 akan sy keutarakan didlm mesyuarat ajk..sy seperti tuan2 juga mempunyai pandangan dan pendapat yang sma..insyallah sy akan cuba membaiki kelemahan yg ada didlm kesatuan melalui mesyuarat dll..ikhlas saya katakan dari segi Pengurusan Pentadbiran Kesatuan kita adalah lemah...banyak perkara perlu dibaiki,namum begitu sepertimana tuan2 sedia maklum saya adalah diantara calon ajk muka baru didalam kabinet ajk lama dlm kesatuan jadi banyak perkara perlu saya fahami,insyallah ..sebetulnya segala permasalahan yang timbul selama n seperti isu kenaikan gred,pencalonan AJK dan pemilihan AJK dlm mesyuarat agung,injin lama tukar injin baru,tiada pengunaan kemudahan teknologi terkini spt email facebook twiter dll telah pon diusulkan didlm mesyuarat ajk yg lepas(tiada sambutan)
utk isu ajk dan barisan kepimpinan kesatuan yg tidak turun padang, semua nya benar dan bersetuju sama sekali... utk makluman tuan2 utk sy dan rakan2 di peringkat Neg Pahang kami telah mengadakan dan menubuhkan Persatuan Pembantu Kesihatan Awam Neg Pahang yangmana keahlianya adalah drp ahli PKA Kesatuan dr neg Pahang..tujuan penubuhan adalah utk mengeratkan dan merapat hubungan antara saya sebagai exco pka (wakil Neg Pahang) dgn ahli diperingkat daerah, dgn cara sedemikian kami mampu menyalurkan maklumat2 terkini dari kesatuan jika ada dan kami mampu mengadakan progm2 tanpa bantuan drp kesatuan spt perjumpaan di setiap daerah ,prgm kebajikan dll itu lah sepatutnya yg harus dilaksanakan oleh setiap ajk wakil neg bg mengeratkan hubungan diantara exco dan ahli diperingkat akar umbi..selain itu ahli disetiap daerah boleh menyalurkan sebarang maklumat permasalahan dll perkara melalui Persatuan dan seterusnya dibawa naik ke peringkat Kesatuan..
Mohon ampon dan maaf jika selama saya berada dikerusi empok AJK Kesatuan ..sy masih belom mampo merubah minda veteran ajk sedia ada..sy spt tuan2 inginkan angin perubahan,ikhlas saya katakan semmgnya pka akan terus ditindas ditekan tubi dan tolak terajang jika kepimpinan yang ada pada kini masih berada di kotak lama..sy setuju dgn pendapat tuan penulis yg mana telah menyatakan ada konspirasi diantara ajk2 sebelom n..sy lebih suka berterus terang dan tidak gemarkan kekeruhan..ikhlas sy katakan jika ada antara rakan2 kita yg lebih berpendidikan lebih luas pandangan lebih agresif ,muda cerda,saya rasa seharusnya kita angkat sebagai diantara barisan pemimpin satu hari nanti..asalkan individu yg akan berada duduk kerusi empok itu nanti akan memberi satu kekuatan baru didlm kesatuan didalam kita merialisasikan impian dan harapan serta amanah yang telah disandarkan .... insyallah
sekian ..
zainalabidin bin ali
Exco Negeri Pahang
zack7217@gmail.com

Yat said...

makluman : hari ini persatuan telah kehilangan seorang ahli kerana telah kembali ke rahmatullah pada 8/3/2011..beliau dulunya bertugas di negeri selangor dan telah bertukar ke PKD Hulu Terengganu...Alfatihah kepada Allahyarham Padrol...amim

Yat said...

hidup pka

abdul hakiim said...

kita panggil en izham muslim yg bantai geng2 atas2an tu pada GAM sebelum kat terengganu ni

Yat said...

assalamualaikum dan pekabo semua PKA..

Irawati Risidi said...

Dsa u17 on sama nasib ngn pka...;)