Tuesday, 6 July 2010

Perubahan Kepimpinan Kesatuan PKA

Assalamualaikum rakan-rakan PKA semua ,

Bila saya baca komen yg tuan-tuan tulis , dapat saya rasakan kekecewaan tuan-tuan terutama yg masuk dgn kelayakan SPM dan telah menjalani kursus selama 2 tahun.Harapan menggunung tuan-tuan saya yakin akan membuahkan hasil , InsyaAllah hujung tahun ni ataupun paling lewat awal tahun depan seperti saya nyatakan dulu .Ini berdasarkan maklumat yg saya dapat .

Disini saya nak berkongsi satu cerita benar dimana pihak kesatuan IK apabila dapat tahu yg permohonan Kesatuan kita telah dimajukan sendiri oleh Datuk Dr.Hasan kepada pihak JPA , ada semacam rasa tak senang pada pihak IK. Ada yg kononnya nak tolong pihak kita memohon ke gred yg lebih tinggi.Apabila SU Kesatuan maklumkan yg pihak Kesatuan telah pun dari tahun 2007 lagi membuat permohonan tersebut , terkebil-kebil aje dia.Masa tu orang kuat IK Neg.Selangor semua ada buat perjumpaan di Kelab Golf Kuala Kubu Bharu.Beria-ria ada seorang IK tu minta SU kita turun ke KKB kononnya nak tolong pihak Kesatuan PKA buat tuntutan kenaikan gred.Saya rasa macam ada udang balik batu aje.Tapi tak ape.Sekarang semua dokumen lengkap dah pun ada pada JPA.Cuma kita harap jangan ada yang sabotaj.Sekarang ni macam-macam boleh jadi selagi gred baru kita tu belum digazetkan.Sama-sama lah kita berdoa semoga Allah akan bersama kita.Ok , itu satu hal.

Satu hal lagi yg nak saya ajak rakan-rakan PKA semua renungkan ialah pasal idea penubuhan Koperasi PKA.Seingat saya , semasa mesyuarat kesatuan di NUBE , Port Dickson di awal tahun 2000 lagi cadangan seumpama itu dah dilontarkan oleh ahli.Tapi sedihnya sehingga hari ini tak ada apa-apa kemajuan pun yang dicapai.Sebabnya memang pun tak ada ap-apa pun yg dibuat.Disini saya nak bertanya pada rakan-rakan PKA di Neg.Sembilan yg selalu jumpa dgn Pengerusi.Tak ada yg bertanyakan pasal perkara ini ke?Kalau  Pengerusi sibuk , AJK yg ramai-ramai tu buat ape?Tak ada yg mampu berfikir macam man nak mulakan proses penubuhan koperasi ke?Kalau malu bertanya kata orang tua-tua , sesat jalan.So , tanyalah pada pihak -pihak yg patut.Kalau ini pun tak mampu nak buat , terus terang saya katakan kat sini , mereka cuma menumpang saja pada kesatuan tanpa dapat menyumbang apa-apa.Takkan semuanya perlu ahli buat bising baru nak bergerak.Takkan tak ada inisiatif sendiri untuk majukan Kesatuan kita ni.Sesetengahnya dah pegang jawatan tu lama.Saya sarankan mereka-mereka ni renung-renunglah sendiri pencapaian sendiri.Kalau tak ada apa yg dapat nak dibanggakan , eloklah pada pemilihan akan datang jangan tawarkan diri lagi.Bayangkan berapa banyak bisness yg kesatuan boleh buat kalau ada koperasi.Contohnya bekalkan kemeja T kepada JKN yg mana ordernya saja mencecah puluhan ribu setiap tahun untuk dipakai pada kempen-kempen KKM yg macam-macam tu.

Masa dah berubah dgn pantas tapi sayangnya masih ramai AJK yg berada di zaman pakai mesin typewriter lagi.Maksud saya , mereka menggunakan computer hanya untuk menulis dokumen saja.Lain-lain hal berkaitan tak tahu , tak nak tanya orang yg tahu dan sendiri tak nak jadi orang yg tahu.Macam kata kawan kita yg bertanya pada SU kesatuan pasal alamat email.Jawapan dia , TAK PERLU.Kalau ada hal, hantar surat aje.Aduh ...cam ni minda SU kita.Pemikiran zaman awal 90'an masa computer belum maju lagi cam hari ni.Tak tahulah saya apa pendapat ahli-ahli yg lain , tapi itulah orangnya yg disebut-sebut dikalangan AJK Kesatuan untuk menggantikan tempat Pengerusi sekarang yg akan bersara nanti.Saya sendiri pernah cadangkan pada SU supaya wujudkan laman sesawang kesatuan .Masa tu dia kata ada orang akan buatkan,tapi sampai hari ni, habok pun tak ade.

Bayangkan betapa ahli-ahli semua mudah berinteraksi bersama-sama AJK kesatuan untuk berbagai- bagai perkara jika kita ada semua ni.Sebarang kemusykilan pun akan mudah ditanya dan dijawab dgn kemudahan jalur lebar masakini.Sebarang maklumat akan mudah disebarkan kepada semua ahli.Tapi itulah hakikatnya.Sedih mengenangkan semua ni.Dalam kecanggihan dunia sekarang ni , kesatuan kita masih berada ditakuk lama.So...rakan-rakan PKA yg mengikuti blog saya ni.Kalau kita nakkan perubahan , kita kena usahakan dari sekarang.Hebahkan kepada rakan-rakan yg bersependapat supaya satu proses untuk menukar kepimpinan kesatuan kita mula sekarang.Kita kumpulkan kekuatan.Kita kenalpasti calon-calon yg menawarkan diri kelak adalah mereka-mereka yg betul-betul boleh menyumbang kepada kesatuan.Kita bertukar-tukar maklumat tentang calon dalam ruangan ni supaya kita kenal siapa yg nak kita undi nanti.Kalau kita boleh berpakat dari sekarang , menjelang pemilihan tahun depan , kita dah siap dengan barisan rakan-rakan PKA yg kita tahu boleh membuat perubahan cara kesatuan bergerak.Memang kesatuan perlu satu anjakan minda dimana ahli-ahli yg mempunyai kelayakan patut digalakkan menawarkan diri.Bukan dipandang sinis seperti sekarang! What say you ??

3 comments:

Anonymous said...

askum, sy menyokong apa yg abg katakan 2...sy sebagai PKA Yg Baru Bekerja,harap abg dpt erjuangkan nasib kami PKA yg Baru bekerja..

saff said...

saya disini tak nk bg komen byk2....
tp saya sentiasa bersetuju dgn idea dan pendapat minda pembantu kesihatan awam...
selagi tak ader pembaharuan dalam kesatuan, selagi tue la ramai lagi PKA2 yg baru tak akan masuk kesatuan termasuk la saya sendiri....
saya pun sentiasa berdoa agar gred jawatan kita akan diberikan perhatian supaya dinaikkan ke gred yg lebih baik....
insya'allah...

swk said...

askm,sy jg stju dgn kmen saudara.kt ni ibarat kambing hitam oleh saudara ppkp kt tk smuanya cuma yg munafiq tu je.hentikanlah sft cmburu tu krna ia nya hnya mrugikn.sy d antra PKA yg mykg kuat prjuangan ini krna dh takde nak kmn2 lg slain duduk d krusi prjuangan PKA ni smpai pencen kalo ada umr pnjg.Akhir kt Tabik sm lu bro....hidup PKA>> askm.